assalamualaikum wbt.
topik hari ini berkisar tentang produk promosi untuk bulan November 2014 ini iaitu Omega Guard Shaklee.
umum diketahui bahawa omega-3 yang terkandung di dalam Omega Guard mempunyai kesan “blood thinning” atau mencairkan darah. persoalannya bagaimanakah ianya berlaku?
untuk memahami lebih lanjut bagaimana omega-3 boleh mencairkan darah, mula-mula sekali kita perlu tahu mengenai proses “hemostasis”(latin : hemo – darah, stasis- berhenti) atau proses pemberhentian darah.
ketika masih menuntut, cascade ini wajib dihafal dan diingati satu persatu oleh kami warga pelajar perubatan terutamanya ketika cycle hematology. tapi untuk anda warga pembaca, memadailah jika anda mengetahui serba sedikit mengenai “hemostasis cascade” ini.
“hemostasis cascade” ini terbahagi kepada 3 laluan (pathways) ;
- extrinsic pathway
- intrinsic pathway
- common pathway
setiap satu laluan ini berkait rapat antara satu sama lain.jika berlaku kekurangan factor-factor daripada salah satu laluan sahaja, pembekuan darah akan mengambil masa yang lama atau tidak efektif.
Bagaimana pula omega-3 memberi kesan kepada hemostasis cascade ini?
kajian yang dijalankan oleh Vanschoonbeek et al. menunjukkan bahawa kandungan omega-3 yang tinggi di dalam darah akan mengurangkan kuantiti factor V, seterusnya fibrinogen. hal ini akan merencatkan atau melambatkan proses pembekuan darah yang berlaku di “common pathway” dan juga secara keseluruhannya.
apakah kesan baik daripada proses ini?
perjalanan darah yang lancar! ya ini memang betul dan sangat berguna khususnya kepada pesakit yang mempunyai masalah kawalan darah tinggi dan juga pesakit jantung, amnya kepada semua lapisan masyarakat.
pembekuan darah boleh berlaku di dalam salur arteri akibat daripada pelbagai sebab seperti merokok dan sebagainya. darah beku yang terhasil seterusnya akan menyempitkan atau menyebabkan saluran darah tersumbat. omega-3 membantu merencatkan proses pembekuan darah tersebut dan ini menyebabkan saluran arteri tidak tersumbat dan darah mampu berjalan lancar tanpa halangan.
apakah pula kesan buruknya?
apabila mengalami luka termasuk luka disebabkan oleh pembedahan dan bersalin, ia mampu untuk melambatkan proses pembekuan darah dan boleh menyebabkan risiko kehilangan darah yang teruk terutamanya selepas pembedahan major.
apa langkah sepatutnya diambil untuk mengelakkan perkara tersebut?
umumnya, sebelum melakukan apa-apa pembedahan kecil mahupun besar, anda dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilan omega-3 selama sekurang-kurangnya 7 hari dari tarikh pembedahan. sila maklumkan kepada pegawai perubatan bertugas bahawa anda juga ada mengambil supplemen omega-3 (tidak terhad kepada Omega Guard Shaklee sahaja).
kepada bakal-bakal ibu yang mengambil omega-3 ketika mengandung untuk perkembangan minda bayi yang sihat, anda dinasihatkan mengambil dos seperti yang disarankan (kebiasaannya dos omega-3 untuk ibu-ibu mengandung adalah lebih rendah berbanding dos untuk pesakit jantung). seawal usia kehamilan (trimester pertama), anda dinasihatkan agar tidak mengambil dahulu omega-3 ini kerana ia boleh menyebabkan risiko pendarahan seterusnya keguguran. ketika usia kandungan mencapai tempoh matang iaitu 37 minggu dan ke atas, anda dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilan omega-3. ini kerana anda sudah bersedia untuk bersalin pada bila-bila masa sahaja. umum diketahui proses bersalin melibatkan pendarahan samada banyak atau sedikit. jadi langkah awal perlu diambil untuk untuk meminimumkan efek “blood thinning” ini. jangan tunggu hari nak bersalin baru berhenti ya!








































